Dah sekian lama jugak tayar kereta Viva yang aku bawak ni bunyi berdengung masa meluncur laju. Mula-mula tu aku ingat tayar yang problem. Tapi rasanya tayar depan tu baru je tukar. Jadi aku confident mengatakan mesti ada masalah bearing. Cuma tak tau sebelah kanan atau kiri, yang pasti memang tayar depan. Bearing tayar sebelah kiri yang bunyi berdengung selama ni.
Aku percaya peminat KTM RC 200 atau mana-mana RC la tak kira 200, atau 250 atau 390 or maybe RC 125 (takde kat Malaysia) bermula minat kat KTM RC bukan sebab kelajuannya. Tapi sebab rekabentuknya yang menawan. Tak dinafikan design Yamaha R25 dan CBR 250 RR pun cukup menggugat nafsu untuk memiliki, tapi KTM RC tetap menjadi pilihan hati selain harganya yang murah berbanding model yang lain. hehehe!
KTM RC 200, seksi weh!
Ok chop! Sebenarnya harga bukan isu. Kalau dah minat tu, duit memang akan dicari dengan macam-macam usaha. Tapi terus terang aku cakap, perkara pertama yang membuatkan aku nak memiliki KTM RC ni sebab designnya, bukan sebab harganya. Harganya yang murah berbanding motor yang sekelas dengannya bagi aku adalah bonus. Dengan lampu belakang LED tu, pastu darjah ketonggekan yang mengancam, dan body type yang tak terlalu besar dan tak terlalu kecik ngam ngam untuk saiz ketinggian macam aku 165cm.
Relax jap bawah jambatan, hujan beb. Tak bawak baju hujan.
Dan aku jugak percaya, kebanyakan orang yang suka atau minat KTM RC ni, bukanlah sebab diaorang dengar pasal kelajuannya tapi rekabentuknya. Dari rekabentuk tu lah mereka akan buat research pasal maintenance KTM RC, kelajuan dan kualitinya. Dan rata-rata yang mementingkan kelajuan akan kecewa dengan KTM RC ni sebab ianya takdelah laju macam hayabusa. Lagi-lagi variant KTM ni popular dengan enjin cutoff nya yang jahat. hahahaha!
Biasanya kita ni nak yang cantik, yang laju, yang jimat minyak dan last sekali yang murah.
Tapi bagi yang betul-betul genuine minat kat design KTM RC, diaorang memang tak kisah pasal kelajuan. Yang penting enjoy riding. Bukan hari-hari nak laju pun kan? Tapi kalau aku lah kan, hari-hari memang nak laju sebab aku ni biasa kalau keluar rumah nak pergi kerja memang lambat. Bila dah lambat memang selalu la cecah enjin cutoff tu. Kadang-kadang tu rasa segan jugak bila Yamaha Lagenda overtake relax je. Yamaha Y15 atau 125Z jangan citer la, selalu sangat aku bagi peluang (sebab memang laju motor diaorang ni).
Apapun bergantung pada minat dan tujuan memasing la. Seriusly aku sangat puashati dengan KTM RC 200 setelah 5 bulan memilikinya. Mula-mula tu rasa macam sakit badan la kalau jalan jauh, tapi lama-lama ko akan biasa dan rasa sakit tu sebenarnya sebab kita tak biasa lagi dengan position KTM RC yang rare ni. Next target aku sebenarnya Ducati Hypermotard. Korang aminkanlah doa aku ni.
Saya pulak tinggi, lebih kurang awak 167cm, ada cuba bawak KTM ni, tapi sakit punggung, dia punya seat tu nipis sangat. Pasal Cut-Off tu tak de masalah, pandaila adjust ada member KTM dia boleh cecah 1XXkm/sejam, kalah Y15 tu, Y15 tu enjin sama dengan FZ150i sebab tu tak laju, dengan tayar belakang besar lagi. Yang Penting buang cut-Off, tukar exhaust akrapovic dengan block racing 65mm ke atas. Tengok 125z pun kalah brother, tapi hati-hati, kalau dah laju, jarak berhenti pun bertambah, lagi laju, lagi lambat motor tu nak stop.
Aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang. Dah macam lagu pulak kan? Aku tengok ramai orang terperangkap dalam hutang kebelakangan ini. Dan macam dah takde jalan keluar tapi still ramai yang terus duduk dalam kebuntuan tu. Ni aku nak bagitau, aku pernah kat situ. Setiap hari bangun tido, benda pertama aku fikir adalah Camna Nak Setel Hutang ? Setiap masalah pasti ada penyelesaian, yang penting kena mengakui permasalahan tu dulu.
Adalah sangat menyakitkan hati bila internet kita sangat slow dek kerana ada 'makhluk' lain yang turut SAMA menggunakan talian internet (Streamyx) secara PERCUMA yang kita bayar setiap bulan. Di sini aku akan menunjukkan cara untuk menghalang makhluk-makhluk itu daripada menggunakan talian internet kita tu dengan cara menghadkan device yang boleh terima talian wifi tu. Menghalang orang guna wifi kita
Hampir 6 tahun aku bertugas kat Sabah, segala pengalaman dan cerita kat Sabah memang jadi kenangan. Untuk itu aku akan kongsikan tips dan panduan bercuti ke Sabah memandangkan biasanya aku jadi pemandu pelancong setiap kali kawan-kawan dari semenanjung datang berkunjung ke Sabah. Aku nak bagi tips dan gambaran untuk tempat-tempat yang perlu atau patut dikunjungi bila berada di Sabah . Hai aku Adzril, korang dipersilakan add aku kat Google+ untuk memeriahkan lagi akaun aku tu. Bagi mereka yang tak tau mana nak jalan di kota kinabalu , jom aku tunjukkan sedikit tips. Kiram Village
Tonggek tonggek nak g mana bang?😂
BalasPadamjangan tanya tonggek ke tak. dah aminkan doa belum?
PadamSaya pulak tinggi, lebih kurang awak 167cm, ada cuba bawak KTM ni, tapi sakit punggung, dia punya seat tu nipis sangat. Pasal Cut-Off tu tak de masalah, pandaila adjust ada member KTM dia boleh cecah 1XXkm/sejam, kalah Y15 tu, Y15 tu enjin sama dengan FZ150i sebab tu tak laju, dengan tayar belakang besar lagi.
BalasPadamYang Penting buang cut-Off, tukar exhaust akrapovic dengan block racing 65mm ke atas. Tengok 125z pun kalah brother, tapi hati-hati, kalau dah laju, jarak berhenti pun bertambah, lagi laju, lagi lambat motor tu nak stop.
Amin, in shaa allah
BalasPadam