Tayar Kereta Viva Bunyi Berdengung

Dah sekian lama jugak tayar kereta Viva yang aku bawak ni bunyi berdengung masa meluncur laju. Mula-mula tu aku ingat tayar yang problem. Tapi rasanya tayar depan tu baru je tukar. Jadi aku confident mengatakan mesti ada masalah bearing. Cuma tak tau sebelah kanan atau kiri, yang pasti memang tayar depan.

Bearing tayar sebelah kiri yang bunyi berdengung selama ni.

Aku tau kalau bunyi berdengung camni memang masalah bearing sebab masa aku pakai Alfa Romeo 146 dulu pun ada masalah yang sama.

Tapi time tu bunyi dia lebih kasar dan kesat. Dan aku lupa berapa kos untuk replace bearing tayar belakang Alfa Romeo 146 tu sebab aku banyak keluar duit untuk maintenance Alfa Romeo tu dulu. Bro insaf.

Jangkaan aku harga untuk tukar bearing baru tayar kereta Viva ni tak mahal. Maklumlah kereta tempatan kan? Macam biasa aku akan tanya kawan aku yang pakar dalam bidang alat ganti kereta ni lah.

Tapi malangnya dia cakap tak pasti sebab dia dah cuci tangan dalam arena perbengkelan kereta ni. Sekarang dia fokus dalam bidang repair handphone. Lebih ringan katanya.

Bearing rosak berjaya dikeluarkan dari soketnya.
Jadi terpaksalah aku redah je terus ke bengkel. Dan orang bengkel cakap kalau bearing tayar belakang murah sikit berbanding bearing tayar depan. Kalau bearing tayar depan RM200. Ditambah dengan GST RM12 so total RM212 untuk tayar depan. Sebelah je tau, apek bengkel ni suruh tukar dua-dua sekali kiri kanan. Memang tak lah.

So lepas je tukar bearing tayar depan sebelah kiri kereta Viva ni, barulah bila memandu tu rasa macam ringan sikit. Korang bayangkanlah dengan keadaan bearing bunyi berdengung tu la aku lenjan Viva tu ke Kuantan aritu. Gila betul la. Nasib baik semuanya berjalan lancar.

Inilah bearing baru. Bearing tayar depan. Kalau tayar belakang lain pulak bentuknya.

Selain dari problem bearing tayar depan, kereta Viva ni menunggu masa untuk ditukarkan absorber belakang sebelah kiri. Kalau tak silap aku harganya dalam lingkugan RM90 untuk sebelah sahaja. Tapi apek bengkel ni caj RM120, siap pasang la.

Memang camtulah agaknya harga untuk absorber belakang Viva. Nampak dari bentuk dan spek, absorber belakang Viva ni macam sama dengan absorber belakang Perodua Kelisa. Nanti aku survey kat tempat lain pulak. Nak tengok berapa harganya.

RM212 untuk bearing sahaja.

Punca Bearing Tayar Kereta Rosak

Banyak sebab sebenarnya yang menjadikan bearing tayar tu rosak dan berbunyi. Cukup masa memang kena tukar. Tapi kat sini aku senaraikan antara penyebab yang boleh jadi faktor bearing tayar kereta berbunyi dan perlu ditukar, antaranya:

  • Kerap langgar lubang atau jalan tak rata
  • Alignment tayar yang dah tak betul.
  • Balancing tayar yang menyebabkan tayar berpusing tak sekata.
  • Wear and tear, dah memang sampai waktu dia nak kena tukar bearing.

Kalau penjagaan dan pemanduan yang betul insyaAllah boleh tahan lama bearing tayar tu sebelum dia mintak kena tukar. Kalau tukar pun bukan hari-hari nak kena tukar bearing ye tak?

Ulasan

  1. Kereta masuk bengkel kena keluarkan duit. Kasihannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah tu bagi mereka yang berkenderaan. mesti akan ada kos maintenance.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Aku Pergi Serah Diri Ke AKPK

Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita.

Panduan Bercuti di Sabah