Dah sekian lama jugak tayar kereta Viva yang aku bawak ni bunyi berdengung masa meluncur laju. Mula-mula tu aku ingat tayar yang problem. Tapi rasanya tayar depan tu baru je tukar. Jadi aku confident mengatakan mesti ada masalah bearing. Cuma tak tau sebelah kanan atau kiri, yang pasti memang tayar depan. Bearing tayar sebelah kiri yang bunyi berdengung selama ni.
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Letak Harga Bajet Kahwin Korang, The Kenduri Akan Laksana
Dulu bab-bab nak jimat, nak bajet untuk kahwin ni memang topik feveret aku lah. Tapi dulu aku punya fokus jimat tu cuma pada kad kahwin sahaja.
Banyak info dan nasihat untuk penjimatan tempahan kad kahwin yang aku kongsikan untuk orang ramai kat blog Kadsekeping termasuklah jenis-jenis material kad dan saiz yang sesuai untuk kad kahwin tu.
The Kenduri, Event Planner
The Kenduri Event Planner
Lain ceritanya dengan The Kenduri, satu-satunya Event Planner kat Malaysia ni yang menjadikan konsep bajet dalam urusan perkahwinan menjadi kenyataan kepada semua bakal pasangan pengantin.
The Kenduri ni tak letak berapa harga untuk korang langsungkan perkahwinan korang. Ianya bergantung kepada berapa bajet yang korang ada, dan mereka akan merealisasikan majlis kahwin korang dengan gemilang yang paling optimum berdasarkan bajet yang korang berikan.
Jangan malu untuk bagitau The Kenduri berapa bajet kahwin korang. Diaorang akan consult dan nasihat yang terbaik untuk majlis bahagia korang nanti.
Dari bajet RM2,000 ke RM45,000 atau lebih, hanya hubungi Zaim dan Arham (Pengasas The Kenduri) untuk mendapat khidmat nasihat kelancaran majlis gemilang korang.
Kalau bajet kurang dari RM2,000 pun boleh jugak bincang dengan mereka untuk tentukan dan custom apa yang perlu, yang penting majlis korang akan nampak sempurna.
Aku kagum sebenarnya dengan Zaim dan Arham ni, mereka ni baru berusia 24 tahun (2017) tapi dah mengembangkan The Kenduri ke tahap yang membanggakan.
1st aku kenal diaorang ni masa Majlis House Warming Misi Viral kat Gombak. Time tu aku dah dapat agak memang The Kenduri ni milik anak muda yang berwawasan ni.
Cara diaorang kembangkan bisnes memang guna style bootstrap iaitu tanpa membuat sebarang pinjaman dari mana-mana institusi kewangan untuk memulakan perniagaan. Syabas.
One Stop Perkahwinan
Berbalik kat penjimatan tadi, The Kenduri ni sebenarnya telah merealisasikan konsep One Stop untuk majlis perkahwinan. Mana taknya, dari Kursus Kahwin, mak andam, jurugambar, juruvideo, kad kahwin percuma, urus tok kadi, sampailah honey moon, diaorang akan uruskan.
Bukan tu je, lepas kahwin dah preggy nak buat majlis berendoi pun mereka akan cover tau. Majlis akikah lagi, semualah.
Makanan Disediakan oleh Kitchen The Kenduri
Bab makanan pun korang boleh custom ngan The Kenduri. Masa aku terjah majlis kahwin kat Galeri Diraja Seremban, memang serius cakap, makanan dia sedap. The Kenduri ada kitchen yang sediakan semua katering ni. Bukan sub tau.
Dan yang bestnya ada coffee corner pulak tu kat situ. Lepas makan nasi, layan kek beserta kopi plak.
Bagi aku lah, apa yang bagusnya diaorang selain apa yang aku cerita kat atas ni, diaorang ubah konsep kahwin yang selama ni dah melekat kat minda masyarakat kita.
Contohnya adalah menjadi kewajipan makan beradab mesti ada udang panjat kan? Diaorang ubah menu tu, bukan seperti kebiasaannya.
Yang pasti ianya sedap dan pada harga yang berpatutan dan ianya tak stereotype macam majlis kahwin dulu-dulu namun tetap ada nilai dan budaya masyarakat kita.
Si Arham ada bagitau, selain bagitau bajet kat The Kenduri, korang boleh bagitau konsep camna yang korang nak untuk perkahwinan korang tu.
Nak buat majlis kat atas lori, tepi pantai, atas kapal terbang dan lain-lain pun boleh. Cuma bagitau je kat diaorang, pastu pandailah The Kenduri realisasikan.
Korang tak teringin ke majlis kahwin kat Rooftop Foodloft Kuala Lumpur? Boleh propose kat The Kenduri. Ada background twin tower beb!
Kalau nak dapatkan nasihat dan idea untuk majlis perkahwinan korang, korang konteklah Zaim kat 0194650774 atau boleh usha majlis-majlis yang pernah dikendali oleh The Kenduri kat Instagram dan Facebook.
Korang bagitaulah dapat info ni dari blog adzril.com, manalah tau boleh dapat harga kroni. hehehe!
Aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang. Dah macam lagu pulak kan? Aku tengok ramai orang terperangkap dalam hutang kebelakangan ini. Dan macam dah takde jalan keluar tapi still ramai yang terus duduk dalam kebuntuan tu. Ni aku nak bagitau, aku pernah kat situ. Setiap hari bangun tido, benda pertama aku fikir adalah Camna Nak Setel Hutang ? Setiap masalah pasti ada penyelesaian, yang penting kena mengakui permasalahan tu dulu.
Adalah sangat menyakitkan hati bila internet kita sangat slow dek kerana ada 'makhluk' lain yang turut SAMA menggunakan talian internet (Streamyx) secara PERCUMA yang kita bayar setiap bulan. Di sini aku akan menunjukkan cara untuk menghalang makhluk-makhluk itu daripada menggunakan talian internet kita tu dengan cara menghadkan device yang boleh terima talian wifi tu. Menghalang orang guna wifi kita
Hampir 6 tahun aku bertugas kat Sabah, segala pengalaman dan cerita kat Sabah memang jadi kenangan. Untuk itu aku akan kongsikan tips dan panduan bercuti ke Sabah memandangkan biasanya aku jadi pemandu pelancong setiap kali kawan-kawan dari semenanjung datang berkunjung ke Sabah. Aku nak bagi tips dan gambaran untuk tempat-tempat yang perlu atau patut dikunjungi bila berada di Sabah . Hai aku Adzril, korang dipersilakan add aku kat Google+ untuk memeriahkan lagi akaun aku tu. Bagi mereka yang tak tau mana nak jalan di kota kinabalu , jom aku tunjukkan sedikit tips. Kiram Village
Mantap... Kenapa time LeYa & Otomen takde macam ni.. hehehe.. kalau The Kenduri ni dah ade confirm boleh jimat abes...
BalasPadamBetul otomen. Walaupun bajet sikit, diaorang akan buat nampak mewah.
PadamDan kalau ada apa2 diaorang akan consult.
memang bagus servis ni..macam takde plak orang buat..:D
BalasPadamrasanya mmg ada sebelum ni yang so called one stop untuk pakej perkahwinan ni. tapi takde yang nampak effort dan pembaharuan yang camni.
Padamnak kawen bajet 1k lah aci x? haha
BalasPadamuntuk ko aci je farah dafri. Go go!
Padam