Dah sekian lama jugak tayar kereta Viva yang aku bawak ni bunyi berdengung masa meluncur laju. Mula-mula tu aku ingat tayar yang problem. Tapi rasanya tayar depan tu baru je tukar. Jadi aku confident mengatakan mesti ada masalah bearing. Cuma tak tau sebelah kanan atau kiri, yang pasti memang tayar depan. Bearing tayar sebelah kiri yang bunyi berdengung selama ni.
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Effortless Honda Civic 1.5 Turbocharged Naik Bukit
Aku percaya ramai antara korang pemilik atau peminat Honda Civic. Sejak dari zaman aku mula kerja, almost 80% kawan sekerja aku beli kereta Honda Civic EK, Eg. Time tu aku pilih continental car, Alfa Romeo yang kononnya nak rare dari yang lain. Tak nak ikut trend la hahaha!
Bukan aku nak cakap Alfa Romeo lebih baik berbanding honda civic, agak tak adil nak buat comparison kalau aku sendiri tak feel dan test drive civic. Untuk Alfa Romeo, dari segi power aku tak dinafikan dan untuk isu maintenance, aku simpan dalam poket dulu. Tapi untuk honda civic, inilah pengalaman dari aku yang baru balik dari pandu uji Honda Civic 1.5 turbocharged Vtec.
Dari segi jenama, rata-rata orang asia sudah cukup percaya dengan jenama Honda. Dan memang itulah sebenarnya yang aku cuba sampaikan. In brief, kalau korang nak memiliki kereta yang laju, yang harga maintenance dan sparepart ok, service meluas dan dilengkapi teknologi terkini dengan harga yang berpatutan, korang boleh consider jenama Honda. Dan model Civic semestinya pilihan anak muda macam aku.
Pengalaman Pandu Uji Honda Civic Generasi ke 10
2 hari aku diberikan peluang untuk pandu uji Honda Civic 1.5 turbo dari Kuala Lumpur, Setia City Shah Alam ke Bentong dan Putrajaya. Tahniah kepada pihak penganjur sebab pilih laluan yang tepat untuk menguji kebolehan Honda Civic 1.5 Turbo 2016 ni. Cukup lengkap untuk speeding, maneuver, stuck dalam traffic jem, dan jalan mendaki bukit. Tak cukup dengan tu, aksi emergency pun dilakukan untuk menguji sistem VSA (Vehichle Stability Assist) yang juga menguji adrenalin aku. Berderau kejap.
Speed dan Tork yang Effortless dan Padu
Bab speeding, mula-mula tu aku agak ragu-ragu sebab karang kena perangkap AES tak ke naya? Tapi memandangkan aku follow kereta Lead1 (Honda HRV), jadi aku yakin semuanya selamat. Kereta Lead1 yang mengetuai konvoi kitaorang ni memang sangat professional. Selain memantau semua ahli konvoi, dia jugaklah yang akan bagitau apa yang perlu diuji pada Honda Civic 1.5 turbo yang aku bawak ni.
Speed paling laju aku tekan cecah 150km/h masa kat area Genting Sempah. Memang effortless. Yang paling best dan buat aku geram adalah daya tujahan dia tu. Sebenarnya belum pun full blast aku tekan pedal minyak tapi kereta ni dah memecut sangat-sangat pantas dan sangat efektif. Baru mengaum sikit aku dah cucuh rapat towards kereta Lead1. Takkan nak take over pulak kan? Lawan tokey tu namanya.
Dalam speeding tu sempat Marshal suruh tukar lane tengah, kekadang lane kiri dan kanan. Sangat mantap dan penuh kawalan. Pendek kata aku rasa full confident bab handling kereta ni. Or maybe memang aku ni car racer yang professional? Ahahahaha! Cornering pun jitu, ok sikit berbanding Alfa Romeo aku dulu hehe.
Kecekapan di Dalam Trafik Jam & Interior Design
Masuk hari kedua, banyak gak stuck dalam jem. But fret not, aku masih boleh enjoy kot dalam Honda Civic ni. Sound system dia memang sedap, dan audio system boleh disync dengan iphone. Ok iphone milik Carina Yeoh, bukan aku.
Aku sambung lagi pasal interior Honda civic 2016 ni, bukan je cantik malah cukup selesa sampai aku tak sabar-sabar nak masuk dan drive kete ni balik dari Putrajaya ke KL walaupun aku penat dari aktiviti Flyboarding kat Marina Putrajaya dan aku yakin jalan kat KL sesak gile.
Servis dan Maintenance
Bab servis? Alahai tak perlu risau la. Honda ni jenama yang cukup besar dalam industri permotoran kat Malaysia. Masa hari pertama aritu, kitaorang dibawak ke Kah Motor Selayang untuk alami sendiri prosedur nak servis Honda civic ni. Dari reception sampailah ke tempat menunggu semuanya selesa. Oh ye, setiap hari disediakan sarapan untuk pengunjung yang datang ke Pusat servis Honda ni. Tempat solat pun ada. Tapi kebanyakan orang yang datang servis cuma hantar kereta pastu blah sementara kereta diservis. Kalau tunggu pun tak sampai 1 jam kalau ikut SOP dia la.
Pssttt! Honda Civic 2016 ni akan alertkan korang untuk pergi servis kereta tu kat panel meter. Kat situ akan dipaparkan samada korang perlu tukar minyak enjin je tanpa perlu tukar oil filter atau perlu tukar kedua-duanya sekali. Bergantung kepada cara pemanduan korang.
Ciri Keselamatan VSA
Masuk bab cara pemanduan ni, memandu cermat camna pun kita, kita masih perlukan satu sistem keselamatan semasa kita memandu. Dan aku pasti, semua manusia mempunyai satu tindakan refleks dikala menghadapi kecemasan semasa memandu. Vehicle Stability Assistance (VSA) adalah apa yang diperlukan pada setiap kereta. Sistem VSA yang ada pada Honda civic 2016 ni membantu pemandu untuk mengawal kenderaan di saat kecemasan. Sistem ni bertindak mengawal kereta dari terbabas dan terbalik. Tengok video kat bawah ni.
So far banyak lagi ciri-ciri canggih honda civic 2016 yang korang kena rasai sendiri selain penggunaan petrol yang effisien untuk sesuatu yang dijana oleh kuasa turbo ini.
5 warna pilihan Honda Civic 1.5 turbo / 1.8 Na.
Dark Ruby Red Pearl
Modern Steel Metallic
Crystal Black Pearl
Lunar Silver Metallic
White Orchid Pearl
Antara ciri Honda civic 2016 yang cuba diemphasiskan.
Dilengkapi 6 air bags
Vehicle Stability Assist (VSA)
Anti Lock Braking System (ABS)
Electronic Brake Distribution (EBD)
Brake Assist (BA)
Hill Start Assist (HSA)
Emergency Stop Signal (ESS)
- ISOFIX (Smart nehh!)
Rekabentuk Aerodinamik
Rekabentuk dan design Honda Civic 2016 ni, kalau aku teka awal-awal dulu aku ingatkan Honda Accord. Sebab designnyer macam agak eksekutif sikit. Tapi bila aku perhati betul-betul, ianya agak sportif. Design yang betul-betul aerodinamik. Pandang dari belakang, sisi, dan depan alahai, melting sangat. Lagi-lagi warna putih, semacam ada tarikan kat situ. #obsession
Sepanjang 2 hari 1 malam haritu, kami semua blogger dilayan begitu baik. Untuk penginapan kami menginap di Aloft Kuala Lumpur Sentral. Sarapan pagi yang banyak pilihan dan tempat makan yang sangat-sangat selesa selain bilik yang luas untuk aku beristirehat. Sayangnya aku tak join geng-geng lain pergi ke Rooftop untuk berenang kat kolam renang petang tu. Penat weh dengan memikirkan projek Krik.My aku yang kena serang trafik mencanak tiba-tiba. So Petang tu aku just relax tengok tv dalam bilik.
Lunch Pertama di Closer Kitchen Mutiara Damansara
Untuk hari pertama, selepas konvoi kami setel lawatan kat Kah Motor Selayang, kitaorang terus ke tempat makan Closer Kitchen & Ekspresso Bar Mutiara Damansara untuk makan tenghari. Fuh, tempat ni kemas berkaca. Aku makan menu ikan Salmon dengan minuman Spinach juice yang masam-masam manis. Puas sangat-sangat. Malam tu pulak kitaorang dijamu dengan makan nasi ayam Penyet dan Sate. Sangat kenyang dan sampai tak boleh nak jalan dah.
Hari kedua, selepas puas kitaorang layan corner dekat Genting Sempah kami terus berkonvoi ke The Garage KL. Untuk apa agaknye? Apa lagi, untuk lunch la. Sarapan pagi tadi masih terasa kekenyangannya, sekarang ni kami kena makan lunch pulak. Aku rasa tempat ni dah ramai yang tahu sebab dah ramai blogger dan facebooker yang buat review. Apa yang aku boleh katakan tempat ni unik, makanan sedap sangat dan pencuci mulut dia perghh.... New York Cheese Cake yang diletakkan di atas kayu dan disiram caramel memang satu kombinasi yang rare membuatkan aku nak tambah lagi New York Cheesecake ni.
Flyboarding di Marina Putrajaya
Ini adalah aktiviti kemuncak dan yang paling aku tak boleh move on sampai sekarang. Baru aku tau camna cara flyboard ni berfungsi. Caranya adalah dengan memindahkan air bertekanan tinggi yang dilepaskan oleh Jetski dengan kekuatan lebih kurang 240 kuasa kuda ke hos yang disambung dari Jetsi ke alat flyboard yang dipasang kat kaki tu. Dengan daya tujahan tu orang yang berat 150kg pun boleh terapung ke udara.
Save the best for the last. Senarai Harga Honda Civic 2016 adalah.
Aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang. Dah macam lagu pulak kan? Aku tengok ramai orang terperangkap dalam hutang kebelakangan ini. Dan macam dah takde jalan keluar tapi still ramai yang terus duduk dalam kebuntuan tu. Ni aku nak bagitau, aku pernah kat situ. Setiap hari bangun tido, benda pertama aku fikir adalah Camna Nak Setel Hutang ? Setiap masalah pasti ada penyelesaian, yang penting kena mengakui permasalahan tu dulu.
Adalah sangat menyakitkan hati bila internet kita sangat slow dek kerana ada 'makhluk' lain yang turut SAMA menggunakan talian internet (Streamyx) secara PERCUMA yang kita bayar setiap bulan. Di sini aku akan menunjukkan cara untuk menghalang makhluk-makhluk itu daripada menggunakan talian internet kita tu dengan cara menghadkan device yang boleh terima talian wifi tu. Menghalang orang guna wifi kita
Hampir 6 tahun aku bertugas kat Sabah, segala pengalaman dan cerita kat Sabah memang jadi kenangan. Untuk itu aku akan kongsikan tips dan panduan bercuti ke Sabah memandangkan biasanya aku jadi pemandu pelancong setiap kali kawan-kawan dari semenanjung datang berkunjung ke Sabah. Aku nak bagi tips dan gambaran untuk tempat-tempat yang perlu atau patut dikunjungi bila berada di Sabah . Hai aku Adzril, korang dipersilakan add aku kat Google+ untuk memeriahkan lagi akaun aku tu. Bagi mereka yang tak tau mana nak jalan di kota kinabalu , jom aku tunjukkan sedikit tips. Kiram Village
Ni la beza power blogger dgn blogger sendu review honda civic 😭 Hahaha rasa nk delete entry sendiri. Nice writeup! Very informative
BalasPadamkita blogger tiada istilah sendu atau power. Kita blogger semua sama (kecuali blogger clickbait gambar purnu) hehe
Padambest gile!
BalasPadamyes indeed. lagi2 ada orang yang gila2.
PadamYang penting, berapa lama terbang bro?
BalasPadamHik hik hik
ada la dalam 2 minit.
Padam