Tayar Kereta Viva Bunyi Berdengung

Imej
Dah sekian lama jugak tayar kereta Viva yang aku bawak ni bunyi berdengung masa meluncur laju. Mula-mula tu aku ingat tayar yang problem. Tapi rasanya tayar depan tu baru je tukar. Jadi aku confident mengatakan mesti ada masalah bearing. Cuma tak tau sebelah kanan atau kiri, yang pasti memang tayar depan. Bearing tayar sebelah kiri yang bunyi berdengung selama ni.

Cara Sebenar Dapatkan Semula Roadtax Cukai Jalan Yang Hilang Tercicir

Wow! Maaf tajuk agak panjang Cara Sebenar Dapat semula Roadtax Cukai Jalan Yang Hilang Tercicir. Ceritanya sebab aku tercicir roadtax motor aku dari wallet. Habis panik aku mencari segenap bilik dan rumah aku. Tapi tak jumpa jugak. Mula-mula je panik tapi lepas tu pasrah dah. Relax. Dalam fikiran aku, mesti ada cara yang membolehkan aku dapat balik roadtax motor ni.

Dapatkan balik cukai jalan korang yang tercicir tu.

Kalau difikir dari segi logik mestilah boleh
print balik roadtax yang hilang tu kan? Mesti pihak JPJ ada simpan database nama untuk setiap cukai jalan kenderaan sama ada motorsikal atau motokar (kereta) dalam sistem mereka. Jadi disebabkan kelogikan ini aku terus call member yang pernah bertugas sebagai pegawai JPJ untuk mendapatkan kepastian.

Cara Sebenar Dapatkan Semula Roadtax Cukai Jalan Yang Hilang Tercicir

Selepas dah call, maka benarlah memang boleh cetak balik roadtax kereta atau motor yang hilang. Caranya just pergi ke kaunter JPJ dan isi borang K, beratur / tunggu giliran pastu bayar RM20 untuk cukai jalan Motorsikal atau RM50 untuk cukai jalan kereta. Setel.

Tapi memandangkan aku ni agak sibuk dengan urusan harian lain, maka aku cakap 'Ah! Nantilah aku pegi kaunter JPJ bila ada masa lapang.' Nak dijadikan cerita, aku terpikir cara altenatif untuk dapatkan balik roadtax motor aku yang hilang.


Aku sarankan korang yang kehilangan roadtax boleh cuba cara aku ni. Senang je, caranya korang cuba pergi semula ke semua tempat atau premis yang korang biasanya pergi secara daily basis. Tanya kat kaunter ada tak jumpa barang / roadtax tercicir? Kebiasaannya pihak kedai / premis ni diaorang akan simpan barang pelanggan yang tercicir.

Sebenarnya camtulah aku dapat balik roadtax aku setelah aku tanya beberapa petrol pump yang biasa aku singgah. Dan akhirnya aku jumpa roadtax aku kat kedai makan yang biasa aku pergi. Alhamdulillah.

Ulasan

  1. 20 hinggit..
    puii mahal tuu

    roadtax motor 3 hinggit yo..

    boleh byr roadtax untuk 10 tahun tuuu.

    cokik daghah tul..tunggu aje laa setahun... baru renew roadtax semula.. kalau kena tahan polis.. ckap aje roadtax terrrrtinggal..

    tgk budi bicara Pak Polisi laaa.

    anyway. thanks for the hampeh info.. penat den baco..

    BalasPadam
  2. Bro. Kene owner asl atau wakil saja dh boleh?.. geran fotostat boleh x?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Aku Pergi Serah Diri Ke AKPK

Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita.

Panduan Bercuti di Sabah