Dah sekian lama jugak tayar kereta Viva yang aku bawak ni bunyi berdengung masa meluncur laju. Mula-mula tu aku ingat tayar yang problem. Tapi rasanya tayar depan tu baru je tukar. Jadi aku confident mengatakan mesti ada masalah bearing. Cuma tak tau sebelah kanan atau kiri, yang pasti memang tayar depan. Bearing tayar sebelah kiri yang bunyi berdengung selama ni.
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Kemajuan Industri Pertanian Seiring Pembangunan Tamadun
Bersesuaian dengan tujuan penubuhan Felcra iaitu mengatasi masalah kemiskinan dan jurang pendapatan yang wujud antara penduduk bandar dan luar bandar, Felcra berhad memang nampak komited seiring dengan perlaksanaan projek-projek di seluruh Malaysia. Aku pasti ramai antara kita keliru antara fungsi dan tugas antara Felcra dengan Felda.
Kenal Beza Antara Felda dan Felcra
Mula-mula aku memang keliru la antara Felda dan Felcra ni, tapi setelah diteliti balik aku dapati secara ringkasnya beza antara Felda dan Felcra adalah Felda lebih kepada membangun tanah dan penempatan semula penduduk luar bandar di kawasan-kawasan ladang, manakala Felcra lebih kepada membangun ekonomi penduduk di kawasan-kawasan pertanian bagi mengatasi kemiskinan dan jurang pendapatan yang wujud antara masyarakat bandar dengan luar bandar.
Kembara Media dan Lawatan Jubli Emas Felcra
Sempena dengan sambutan Jubli emas ke 50 tahun Felcra, aku bersama team Hai! Blogger dan media utama Malaysia dijemput menyertai Kembara Media Jubli Emas Felcra Berhad. Terus terang aku cakap. ini memang pertama kali aku mula alert dengan fungsi dan kewujudan Felcra walaupun sebelum ni pernah belajar subjek Sejarah kat sekolah.
Di Felcra Plantation Services.
Hasil dari kembara ni, beberapa lawatan dilakukan antaranya ke tapak pertanian dan perusahaan Felcra sekitar Perak (Kampung Aman Jaya, dan Seberang Perak). Apa yang aku nampak kat sini adalah kesungguhan dan komitmen Felcra Berhad dalam menjaga kebajikan dan ekonomi peserta Felcra. Kalau nak cerita peserta Felcra generasi pertama, memang tak cukup 1 hari aku bersembang dengan pakcik dari Kampung Aman Jaya tu. Penuh semangat!
Dengar ceritanya Felcra Berhad mengurus dan mengendalikan aset Felcra bernilai RM17 Billion. Wow!
Antara usaha dan aktiviti Felcra yang aku boleh nampak sepanjang 2 hari Kembara ni, antaranya pusat komersil pembenihan padi di Seberang Perak. Selama ni yang aku tau kat Tanjung Karang je ada sawah padi, rupanya selain Tanjung Karang ada lagi kawasan yang luas dan besar dan terjaga rapi dan sistematik untuk penanaman padi iaitu di Seberang Perak. Penanaman padi sudah tentulah guna transplanter dan kalau diaorang nak sembur racun serangga perosak, diaorang tak guna manual tu, diaorang guna GyroCopter/GyroPlane okey! Pilot yang bawak GyroCopter ni memang anak kepada peserta Felcra yang telah grad sekolah penerbangan di Malaysia dan kini berbakti untuk Felcra sebagai pilot.
Perumahan Generasi Kedua
Seiring dengan zaman moden ni kan, kawasan perkampungan Felcra telah dinaiktaraf iaitu melalui projek Perumahan Generasi ke-2 atau disebut Gen2. Tujuannya adalah untuk mengubah lanskap penempatan bagi peserta Felcra generasi ke-2 selain membantu anak peserta memiliki rumah. Serius aku cakap harga rumah dia murah. Bagi rumah type A yang berkeluasan lebih kurang 1600 kaki persegi dijual dengan harga RM133k. Rumah landed tau, ada 4 bilik dan 2 bilik air. Rumah jenis B pulak berharga lebih kurang RM50k kalau tak silap. Tapi korang jangan teruja pulak nak beli rumah ni sebab ianya terbuka kepada anak perserta Felcra sahaja atau kalau korang berkahwin dengan anak peserta Felcra.
Usaha dan Jerih Payah Peserta Felcra
Memang boleh nampak effort yang telah ditunjukkan oleh Felcra Berhad dalam menjaga kawasan pertanian dan peserta-peserta seramai lebih kurang 100,000 orang tu. Jadi bersarlah harapan Felcra Berhad dan juga seluruh warga dan peserta Felcra untuk Kerajaan mengekalkan tanah pertanian di Malaysia ini. Kalaulah satu hari nanti semua kawasan pertanian diubah status menjadi pembangunan, alamat kita kena bergantung penuh dari negara luar untuk mendapatkan bekalan beras.
Perjuangan Felcra Sejak Ditubuhkan
Felcra Berhad telah memajukan tanah-tanah terbiar yang berskala kecil dan lokasinya berselerak dan tanah-tanah ini biasanya dianggap tidak boleh diusahakan lagi oleh segelintir masyarakat. Tapi dengan gahnya Felcra Berhad iaitu entiti korporat yang berintergrasi dalam membangun sektor luar bandar telah berjaya melaksanakan program-program membangunkan ekonomi masyarakat setempat melalui beberapa anak buah syarikat dibawahnya. Tahniah Felcra atas sambutan ulang tahun ke 50 penubuhan dan diharap dapat terus memajukan masyarakat setempat dan Malaysia!
Aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang. Dah macam lagu pulak kan? Aku tengok ramai orang terperangkap dalam hutang kebelakangan ini. Dan macam dah takde jalan keluar tapi still ramai yang terus duduk dalam kebuntuan tu. Ni aku nak bagitau, aku pernah kat situ. Setiap hari bangun tido, benda pertama aku fikir adalah Camna Nak Setel Hutang ? Setiap masalah pasti ada penyelesaian, yang penting kena mengakui permasalahan tu dulu.
Adalah sangat menyakitkan hati bila internet kita sangat slow dek kerana ada 'makhluk' lain yang turut SAMA menggunakan talian internet (Streamyx) secara PERCUMA yang kita bayar setiap bulan. Di sini aku akan menunjukkan cara untuk menghalang makhluk-makhluk itu daripada menggunakan talian internet kita tu dengan cara menghadkan device yang boleh terima talian wifi tu. Menghalang orang guna wifi kita
Hampir 6 tahun aku bertugas kat Sabah, segala pengalaman dan cerita kat Sabah memang jadi kenangan. Untuk itu aku akan kongsikan tips dan panduan bercuti ke Sabah memandangkan biasanya aku jadi pemandu pelancong setiap kali kawan-kawan dari semenanjung datang berkunjung ke Sabah. Aku nak bagi tips dan gambaran untuk tempat-tempat yang perlu atau patut dikunjungi bila berada di Sabah . Hai aku Adzril, korang dipersilakan add aku kat Google+ untuk memeriahkan lagi akaun aku tu. Bagi mereka yang tak tau mana nak jalan di kota kinabalu , jom aku tunjukkan sedikit tips. Kiram Village
baru tahu beza felda n felcra :)
BalasPadamahahahk same la..
Padam