Sejak tahun 2004 aku dah mula
berangan2 nak beli rumah sendiri.
Tapi aku hold sebab orang kata
tunggu harga rumah jatuh.
Hakikatnya sampai tahun 2016
harga rumah makin mencanak naik.
Jadi dari mana datang khabar
harga rumah akan jatuh?
Sebenarnya kan, inflasi menyebabkan
harga rumah makin meningkat
setiap tahun. Kalau teruskan menunggu, memang takde rumah la aku.
Harga Rumah Bawah Harga Pasaran
Kalau nak dapat
harga rumah yang murah pun
kena cari penjual yang terdesak
untuk jual rumah diaorang di bawah
harga pasaran (under market value).
Tahun lepas (2015) aku baru beli
rumah teres 4 bilik dgn harga
RM238k, terasa Ya Allah mahalnya!
Tapi aku gagahkan jugak untuk
teruskan niat buat permohonan
pinjaman perumahan.
Bila masuk je tahun 2016, rata2 aku perhatikan harga rumah teres
kebanyakkannya RM300k ke atas.
Nasib baik aku bertindak awal. Kalau kat Kota Kinabalu ni harga rumah apartment 2 bilik pun dah cecah RM250k. 3 bilik Jangan citer la.
200K boleh dapat 2 Bijik Rumah
Tapi sebenarnya lebih elok
kalau aku beli dulu rumah second
yang berharga sekitar RM100k
je betul tak? Dah boleh dapat
2 bijik rumah kalau ikut kelayakan.
Sebab tu lah aku betul2 galakkan
korang untuk dapatkan rumah pertama. Lagi2 yang bujang tu ha.
Tak perlu yang mahal2. Cari yang
di bawah harga pasaran.
Tahun 2016 sampai 2018 ni memang
keadaan ekonomi agak mencengkam.
Tunggu Harga Rumah Jatuh
Tapi waktu camnilah akan ramai
yang mula menjual rumah pada harga
bawah pasaran.
Semua ni diajarkan secara lengkap
dalam eBook Panduan
3 Rumah 16 Bulan
yang ditulis Iqbal Hafifi. Aku sangat2
galakkan korang dapatkan ebook
yang sangat bernilai ni.
 |
| Ebook 3 Rumah 16 Bulan |
p/s: Kawan cina aku pernah bagitau, sebenarnya kita tak perlu beli rumah yang besar pun. Melainkan kita nak settle down.
Saya nak tanya. Mana saya boleh dapatkan buku ni. Saya cuba cari tapi tak jumpa. Harap bole tolong saya. Terima kasih
BalasPadamterima kasih kerana berminat CikPuan.. ini merupakan eBook. Cikpuan boleh pergi ke link ini http://3rumah16bulan.blogspot.my/2015/11/panduan-bagaimana-memiliki-3-buah-rumah.html
Padam