Dah sekian lama jugak tayar kereta Viva yang aku bawak ni bunyi berdengung masa meluncur laju. Mula-mula tu aku ingat tayar yang problem. Tapi rasanya tayar depan tu baru je tukar. Jadi aku confident mengatakan mesti ada masalah bearing. Cuma tak tau sebelah kanan atau kiri, yang pasti memang tayar depan. Bearing tayar sebelah kiri yang bunyi berdengung selama ni.
Baru-baru ni aku berpeluang untuk design sticker untuk ditampal pada kenderaan pacuan 4 roda (Land Cruiser / Ninja King)dan van Hiace. Walaupun aku cuma perlu design sticker tapi aku kena pastikan kedudukan sticker pada van dan Ninja King ini tak tersasar logo dan tulisan yang akan dicetak nanti. Maklumat dan logo mestilah tepat dan tak terlindung.
Sticker yang dah siap ditampal pada van Hiace
Berkat ilmu yang aku pelajari dari dua sifu grafik tersohor Malaysia Encik Dee dan Izuan Bakar dari World Designer, aku berjaya siapkan design sticker untuk program kembara bermotosikal bersama Sabah BigBikers Association (SBBA) anjuran SPRM Sabah.
Tampal Sticker Pada Kereta dan Kenderaan Lain
Untuk memastikan hasil yang cetakan yang baik, resolusi gambar diset pada 100ppi (pixel per inch). Saiz ukuran sticker untuk van adalah 16 kaki panjang x 7 kaki lebar lebih kurang dan sticker untuk Ninja King lebih simple hanya 6 kaki panjang x 3 kaki lebar. Ukuran sticker untuk Van Hiace dan Ninja King ni aku ikut ukuran sebenar saiz kenderaan tersebut masing2.
Sebelah kanan Hiace
Sebelah kiri Hiace
Kanan Ninja King
Kiri Ninja King
Sticker yang dah siap ditampal kat Ninja King
Lepas ni harap dapat design untuk kapal terbang pulak. Cuba tengok camna sticker yang ditampal kat kenderaan memainkan peranannya kat sini. Yang penting bukan aku yang tampal sebab nak tampal sticker ni memang renyah kerja dia. Maklumlah kereta perlu dijaga dengan baik kalau tersalah tampal mau calar kereta tu karang.
Aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang. Dah macam lagu pulak kan? Aku tengok ramai orang terperangkap dalam hutang kebelakangan ini. Dan macam dah takde jalan keluar tapi still ramai yang terus duduk dalam kebuntuan tu. Ni aku nak bagitau, aku pernah kat situ. Setiap hari bangun tido, benda pertama aku fikir adalah Camna Nak Setel Hutang ? Setiap masalah pasti ada penyelesaian, yang penting kena mengakui permasalahan tu dulu.
Adalah sangat menyakitkan hati bila internet kita sangat slow dek kerana ada 'makhluk' lain yang turut SAMA menggunakan talian internet (Streamyx) secara PERCUMA yang kita bayar setiap bulan. Di sini aku akan menunjukkan cara untuk menghalang makhluk-makhluk itu daripada menggunakan talian internet kita tu dengan cara menghadkan device yang boleh terima talian wifi tu. Menghalang orang guna wifi kita
Hampir 6 tahun aku bertugas kat Sabah, segala pengalaman dan cerita kat Sabah memang jadi kenangan. Untuk itu aku akan kongsikan tips dan panduan bercuti ke Sabah memandangkan biasanya aku jadi pemandu pelancong setiap kali kawan-kawan dari semenanjung datang berkunjung ke Sabah. Aku nak bagi tips dan gambaran untuk tempat-tempat yang perlu atau patut dikunjungi bila berada di Sabah . Hai aku Adzril, korang dipersilakan add aku kat Google+ untuk memeriahkan lagi akaun aku tu. Bagi mereka yang tak tau mana nak jalan di kota kinabalu , jom aku tunjukkan sedikit tips. Kiram Village
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi komen.