Tayar Kereta Viva Bunyi Berdengung

Imej
Dah sekian lama jugak tayar kereta Viva yang aku bawak ni bunyi berdengung masa meluncur laju. Mula-mula tu aku ingat tayar yang problem. Tapi rasanya tayar depan tu baru je tukar. Jadi aku confident mengatakan mesti ada masalah bearing. Cuma tak tau sebelah kanan atau kiri, yang pasti memang tayar depan. Bearing tayar sebelah kiri yang bunyi berdengung selama ni.

Sewa Bilik Di Rumah Sekitar UiTM Seremban 3

Bagi sesiapa yang sedang mencari bilik untuk disewa sekitar Seremban 3, rumah ini patut korang pertimbangkan. Rumah baru yang sangat cantik dan bersih ini terletak berdekatan dengan UiTM kampus Seremban 3. Kalau jalan kaki tu memang dekat sangat lebih kurang dalam 5 minit dah boleh sampai. Kalau naik motor atau kereta tak sampai seminit!

bilik sewa seremban
Gambar sebenar rumah untuk disewa di sekitar Seremban 3.

Kadar sewa bilik di sekitar Seremban 3

Walau bagaimanapun, bilik ini hanya untuk disewa oleh perempuan sahaja. Tak kira samada korang ni pelajar atau sudah bekerja dengan kadar sewaan bilik yang berpatutan iaitu RM180 seorang. Satu bilik hanya diperuntukkan untuk 2 orang sahaja. Boleh terus hubungi  +60 11-1602 6692 (Whatsapp pun boleh) untuk berurusan.

Salah satu bilik yang disewakan. Siap dengan katil dan tilam (gambar tilam takde plak)

Akses dan Kemudahan

Rumah ini disediakan tilam dan katil bagi setiap penyewa. Setiap bilik juga dilengkapi dengan kipas syiling setiap satu. Selain itu disediakan juga televisyen untuk hiburan (HyPPTV) dan Mesin Basuh untuk kemudahan penyewa serta kelengkapan untuk memasak dan penapis air jenama Cuckoo. Antara ciri-ciri lain, rumah ini dilengkapi dengan sistem CCTV di pintu masuk belakang dan pintu masuk utama untuk memastikan keselamatan penghuni terjamin. InsyaAllah.

Ruang Tamu. 
Kedudukan Taman Seremban 3 ini sangat strategik kerana ianya berdekatan dengan UiTM Kampus Seremban 3. Selain itu untuk ke Jusco Seremban 2 hanya ambil masa 10 minit sahaja kalau naik kereta.


Lagi sekali, hubungi +60 11-1602 6692 untuk berurusan. Dijamin puashati. Harap maklum ye, hanya penyewa perempuan yang dicari. Ini bukan diskriminasi, tetapi permintaan isteri, kena la ikut kann?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Aku Pergi Serah Diri Ke AKPK

Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita.

Panduan Bercuti di Sabah