Cara transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji secara online sebenarnya ada 2 cara, setau aku lah. Cara pertama yang selama ni aku guna adalah dengan set di Favorite Bill Payment dalam menu Maybank2u. Tapi untuk bulan ni aku dapati dah takde menu bill payment untuk masukkan duit dari Maybank2u ke Tabung Haji secara atas talian.
 |
| Transfer duit dari Maybank ke Tabung Haji |
Tapi sebelum korang boleh
transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji secara online, korang mesti dah daftarkan nombor akaun Tabung Haji korang kat Maybank2u. Untuk cara
daftar akaun tabung haji dalam akaun Maybank2u korang boleh baca artikel berkenaan di
sini.
 |
| 1. Setelah anda login ke akaun Maybank2u anda, Klik pada menu Account & Banking |
 |
| 2. Seterusnya klik menu Transfers |
 |
| 3. Klik menu Tabung Haji |
 |
| 4. Cari menu Fund Transfer dan klik. |
 |
| 5. Klik pada menu Maybank to TH Own Account Transfer |
 |
| 6. Masukkan amaun / jumlah yang hendak di transfer ke Tabung Haji dan klik butang Continue. |
 |
| 7. Request TAC dan masukkan nombor TAC ke dalam ruang TAC. Kemudian klik butang confirm. |
 |
| 8. Selesai |
Harap tips ini membantu untuk anda transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji secara online. Tapi ingat, sebelum korang boleh buat proses pemindahan duit dari Maybank ke Tabung Haji ni, korang perlu
daftar akaun tabung haji ke Maybank2u dahulu.
boleh chek balance th dari maybank2u tak?
BalasPadamboleh chek balance th dari maybank2u tak?
BalasPadamiyer boleh cek baki akaun tabung haji dari akaun maybank2u.
PadamSalam, En. Aryl. Caj transaksi rm1.06 ada juga ya?
BalasPadambetul setiap transaksi pemindahan dari Maybank ke tabung haji akan di caj RM1.06 begitu juga sebaliknya.
Padammacam mana saya ingin hendak pastikan no akaun tabung haji saya masih aktif?
BalasPadamlepas 7 tahun baru tak aktif... ada dalam buku tabung haji.
PadamMudah ja masa kini semua ada sistem online
BalasPadamselain caj RM1.06 ada caj 6% utk GST juge ke?
BalasPadambetul... RM1.06 tu termasuk GST.
Padamsalam,, tuan,, nk cek baki asb ada berapa mcm mne?
BalasPadamwasalam. alahai asb saya belum kaji lagi.. hehehe
PadamAssalamualaikum. tuan, kalau kita nak keluarkan duit dari tabung haji guna atm maybank boleh ke? ada charge?
BalasPadamAssalamualaikum. Boleh tak bt online banking, transfer tabung haji ke maybank2u?
BalasPadamAssalamualaikum tuan, kalau dari m2u saya, nak transfer ke account tabung haji anak, guna "maybank to 3rd party TH account transfer" ke?
BalasPadamDia ada menu selepas kita tekan pautan transfer. Semua dlm 1 tempat termasuk masukkan duit dari Maybank ke Tabung Haji.
PadamTak silap saya, ada ada buat artikel berkaitan ini jugak. Boleh cari dlm blog ni.
eh salah baca, kalau nak transfer dari maybank tuan ke tabung haji anak, kena tambah nombor akaun kat senarai tabung haji tu. Walaupun dah favourite, masa nak transfer tu nanti dia akan minta no ic pemilik akaun tabung haji yang kita nak transfer tu.
PadamAssalam encik . Nak tanya kalau akaun tabung haji anak under nama suami, blh ke sy register dlm maybank2u? Or adakah suami sahaja blh?
BalasPadamTqvm
boleh je letak akaun tabung haji sesiapapun dalam maybank2u sesiapa.
PadamBoleh withdraw dan deposit atau pon boleh deposit shje ? Klau akaun tbung hji ank undr nme hsbnd ?
PadamSalam. berapa lama masa yang diambil untuk duit yang ditransfer online tadi masuk ke akaun Tabung Haji? adakah serta merta atau perlu menunggu sehari dua. terima kasih.
BalasPadamTerus masuk on the dot.
Padamassalam,perlukah daftar dulu akaun tabung haji anak di mesin ATM, sebelum guna menu maybank to 3rd party TH account transfer(utk pindahkan duit dari maybank kita ke akaun th anak).Tk
BalasPadamtransaksi hanya dalam waktu pejabat sahaja ke?tanya balanca tak dapat,bank in pon tak dapat..
BalasPadamHari cuti pun boleh.
Padamtry pagi ni pon fail big fail maybank..then cuba cimb just one shot setel tapaya reg pon..
BalasPadamsistem error la tu agaknye.
PadamAmount kalo xgenap boleh..contoh rm52.70
BalasPadamYe boleh je.
Padam