Tayar Kereta Viva Bunyi Berdengung

Imej
Dah sekian lama jugak tayar kereta Viva yang aku bawak ni bunyi berdengung masa meluncur laju. Mula-mula tu aku ingat tayar yang problem. Tapi rasanya tayar depan tu baru je tukar. Jadi aku confident mengatakan mesti ada masalah bearing. Cuma tak tau sebelah kanan atau kiri, yang pasti memang tayar depan. Bearing tayar sebelah kiri yang bunyi berdengung selama ni.

Gaya Street Kota Kinabalu

Dah lama tak berjalan-jalan ke salah satu tempat kunjungan wajib jika berkunjung ke Kota Kinabalu Sabah ni, termasuklah yang menetap dan bekerja kat sini. Memang kawan2 yang 'senior' atau kawan Sabahan akan rekemen tempat ni. Gaya Street Kota Kinabalu Sabah. Gaya street ni cuma ada pada setiap hari ahad bermula 6 pagi dan tamat pada lebih kurang jam 1 tengahari.

Kalau nak diikutkan, dah banyak kali aku ke sini. Tujuannya tetap sama, street photography. Ya, Street photography. Itu adalah terapi aku dikala aku rasa nak mengasah skill dan dikala aku kebosanan atau bila-bila aku terdetik, aku akan pegi ke sini. Biasanya aku sorang-sorang je pegi Gaya Street ni. Awal-awal pagi aku akan gerak ke Gaya Street dan perkara pertama aku buat bila sampai kat sini adalah lepak kat Old Town White Coffee atau Restoran Fok Yuen. Layan secangkir kopi dan bila dah puas, aku akan bergerak menyusuri kesesakan Gaya Street ni.

Tapi baru-baru ni, special sket. Aku berteman. Siapa lagi, isteri aku la. At least ada lah 'model' yang boleh aku shoot berbanding aku shoot membabi buta. Si Dia menggayakan Shwal ciptaannya, Thea by Vivadea. Shawl tanpa inner yang ada V Shape kat dahi.
 Outing kalini, macam biasa aku bawak Fuji X100 aku untuk beraksi. DSLR boleh rehat kat rumah buat kerja-kerja dalam studio ye.
 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Aku Pergi Serah Diri Ke AKPK

Cara Menghalang orang lain menggunakan wifi kita.

Panduan Bercuti di Sabah