Aplikasi Wechat memang la sangat popular sekarang ni diikuti Kakaotalk yang meninggalkan kepopularan Whatsapp. Dalam Wechat, kita boleh invite sesiapa je friend yang dah approve kita ke dalam group yang diaorang sedang berada di dalamnya. Benda ni jadi masalah kepada pengguna yang mahukan privasi sebab setiap kali ahli kumpulan dalam Wechat taip atau tulis atau cakap something dalam group, notifikasi akan berbunyi dan ini mengganggu sesetengah orang. Tak macam Whatsapp, once kita ignore message dalam group, secara automatik message seterusnya akan senyap hanya icon Whatsapp je yang akan muncul.
Jadi kat sini aku nak bagitau cara untuk mematikan notifikasi dalam wechat pada individu atau Group tertentu.
1. Masuk pada group Wechat tu, dan tick pada
icon berbentuk orang kat atas sebelah kanan.
 |
| Tick Atas Sebelah Kanan |
2. Pergi
Setting.
 |
| Setting |
3. Pada paparan Setting tu, Cari Notifications Off, tick pada tanda ✓ (Android User) atau On/Off (iPhone User). Lepas siap tu, pastikan ada icon Loceng dipalang di atas sebelah kanan tu.
 |
| Pastikan Icon Loceng dipalang |
Tujuan menghilangkan atau mematikan notifications ni adalah kerana kita tak mahu ketinggalan dengan cerita-cerita dalam Group tu tapi dalam masa yang sama kita tak nak dengar Notifikasi yang berulang pada waktu yang tak sesuai bagi diri masing-masing. Jadi sekarang dah ada opsyen tanpa perlu keluar dari Group. Owh jangan risau, notifikasi ni hanya disable pada individu atau pada group yang korang ingin disable kan je, bukan pada semua Group atau individu.
Untuk
menutup Whatsapp Group Notification, korang boleh la baca artikel aku itu kat
sini.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi komen.