Cara nak halang orang dari menggunakan wifi kita dah ada, kali ini saya nak share cara nak mendapatkan address MAC bagi device seperti laptop dan handphone.
1. MAC Address untuk Laptop yang menggunakan Windows 7.
i. Tekan butang Windows + R
ii. masukkan command CMD
iii. dan taip ipconfig -all
00-1B-77-92-A8-31 adalah contoh MAC address yang kita cari. Masukkan dalam MAC Filtering address tu dengan cara 00:13:00:E1:11:11 ke dalam setting router anda.
2. Mendapatkan MAC Adress bagi Handphone yang menggunakan OS Android.
Cara mendapatkan MAC address bagi telefon bimbit yang menggunakan sistem pengoperasian
Android (1.6 Donut, 2.1 Eclairs, 2.2 Froyo, 2.3 Gingerbread, 3.0 Honeycomb, 4.0 Ice-cream Sandwich, 4.4 KitKat, 5.0 Lollipop) adalah sama. Caranya adalah dengan masuk bahagian
Setting > Wireless & networks > Wi-fi Setting. Selepas itu masuk bahagian
Advanced dan tadaaaa! MAC address terpapar disitu.
3. Cara Dapatkan MAC Address untuk pengguna iOS (Iphone, Ipad)
i) Pergi ke Setting
ii) Pilih General
iii) Pilih About
iv) MAC Address terpapar sebagai WiFi Address
Klu guna ios cam mna??
BalasPadam